Dasar Privasi – Kedai Adik

Developer: Zil-el-Saif

Dikemas kini: November 2026

Kedai Adik ialah permainan web pendidikan kanak-kanak yang direka untuk dimainkan tanpa akaun, iklan atau penjejakan.

Tiada akaun diperlukan

Aplikasi ini tidak memerlukan akaun atau login. Zil-el-Saif tidak mengumpul nama, alamat e-mel, alamat rumah, nombor telefon atau lokasi pengguna.

Jika pemain memasukkan nama atau memilih profil di dalam aplikasi, maklumat itu kekal pada peranti pemain sahaja dan tidak dihantar kepada developer atau mana-mana server.

Data yang tidak dikumpul

Penyimpanan lokal pada peranti

Progression, stars, settings, statistik permainan dan pilihan profil disimpan secara lokal pada peranti menggunakan storan aplikasi atau browser. Data ini digunakan hanya untuk meneruskan pengalaman permainan pada peranti yang sama.

Kedai Adik menyokong beberapa profil pemain setempat pada satu peranti. Nama panggilan profil, avatar dan kemajuan disimpan hanya pada peranti dan tidak dihantar kepada developer.

Data lokal boleh dipadam dengan membersihkan data aplikasi atau browser, atau dengan uninstall aplikasi.

Perkongsian dan penyimpanan data server

Kedai Adik tidak berkongsi data pengguna dengan pihak ketiga. Tiada tempoh penyimpanan data pada server kerana permainan tidak menghantar atau menyimpan data permainan pada server.

Tiada sokongan kewangan atau pembayaran

Versi P00 tidak menyediakan pautan pembayaran, kod QR pembayaran atau ciri sumbangan. Semua fungsi yang tersedia adalah percuma.

Privasi kanak-kanak

Aplikasi ini dibina untuk pembelajaran kanak-kanak dengan pendekatan mengutamakan privasi. Ia tidak meminta kanak-kanak menyerahkan maklumat hubungan atau maklumat peribadi kepada developer.

Perubahan kepada polisi ini

Jika amalan privasi aplikasi berubah pada masa hadapan, polisi ini akan dikemas kini dan tarikh kemas kini akan dinyatakan dengan jelas.

Hubungi developer

Untuk pertanyaan berkaitan privasi, hubungi Zil-el-Saif melalui: i.am.the.impressario@gmail.com